Categories
Hiburan

Dituduh sombong selepas berjaya, Ryan Bakery tampil jawab apa sebenarnya berlaku

Pencipta kandungan kreatif yang sedang mencipta nama, Ryan Bakery mendedahkan, pernah kerugian mencecah ratusan ribu ringgit apabila ada segelintir individu mengambil kesempatan atas sikap jujurnya.

Dia bagaimanapun, enggan menoleh ke belakang, sebaliknya mengambil pendirian untuk terus melangkah dengan melunaskan pelbagai tawaran yang semakin mencurah.

Akui Ryan, pengalaman pahit itu membentuknya menjadi lebih kuat dan berani mengharungi cabaran, terutama apabila mengambil keputusan menceburkan diri dalam bidang seni.

“Jujurnya, saya banyak kena tipu tentang duit. Saya mencari rezeki dengan menghasilkan pelbagai kandungan kreatif dan apabila usaha saya tidak dihargai, susah untuk saya mempercayai orang lain.

“Awal tahun ini, saya pernah ditipu hingga mengakibatkan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit apabila ada pihak yang meminta saya menghasilkan kandungan tidak membayar hasil kerja.

“Saya malas mahu panjangkan cerita, jadi saya halalkan sahaja perkara itu,” kongsinya ketika ditemui pada sidang media Gempak Most Wanted Awards 2022, semalam.

Sejak aktif di media sosial, dua tahun lalu, Ryan membina reputasi tersendiri dengan menghasilkan video lucu yang membawa pengikutnya mengimbau kenangan zaman persekolahan dan kanak-kanak.

Antara karakter popular yang menjadi kegilaan ramai dan tular ialah mat songkok dan budak bedak yang sering memberi jelingan maut serta video air ‘mellow’.

Klik sini untuk lihat –>> RAKAMAN VIDEO

Klik sini untuk lihat –>> RAKAMAN VIDEO

Klik sini untuk lihat –>> RAKAMAN VIDEO

Namanya semakin memuncak apabila dia berkolaborasi dengan pelawak dan penyampai radio terkenal, Shuib dalam beberapa buah video.

Menurut Ryan, dia bersyukur apabila dipertemukan dengan seorang pengurus yang boleh dipercayai, selain berpengalaman luas dalam selok-belok industri hiburan.

“Saya ini orang kampung dan tidak mempunyai gaji tetap. Pernah juga saya lambat terima bayaran sedangkan kerja sudah siap dilunaskan. Apabila ada pengurus, saya lebih yakin untuk terima tawaran kerana ada yang memantau segala aspek melibatkan pekerjaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ryan yang menetap di Temerloh, Pahang akan muncul dengan beberapa filem dan drama, termasuk produksi arahan Pierre Andre, tahun depan.

“Kesemua filem sudah habis menjalani penggambaran dan antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan ketika pulang daripada penggambaran di Shah Alam pada pukul 2 pagi.

“Saya rasa seperti ada ‘benda’ tumpang dan tiba-tiba kereta menjadi berat. Kita jenuh tekan minyak dan langsung tidak berani pandang ke belakang. Ketika itu, saya berdua dengan isteri. Kita sudah biasa memandu, jadi memang faham benar kondisi kereta,” kongsinya.

Ryan antara pempengaruh yang tercalon dalam Gempak Most Wanted Awards 2022 bagi kategori Pencipta Kandungan Digital Tergempak bersama calon lain seperti Khairul Aming, Mek Yun, Syahmi Sazli dan Namie SMY.

Majlis anugerah tersebut akan berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 26 Februari depan.

Sumber : Utusan

(Visited 5,897 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *